Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

.:: teknik pernafasan ketika sakit bersalin ::.

hmm, google punya google...
aku dapat lagi satu info menarik..
tentang teknik pernafasan semasa sakit bersalin..
memandangkan aku dah 36w++..
dan juga dah rase contraction sket2..
tp tak kuat..sehari ada la 2-3 kali..
maybe bby nak parking baik2 kat pintu rahim kot..
aku cuba cari semula info2 berkaitan teknik untuk bersalin nanti...
memang aku ada pengalaman, tp mana la sama setiap kelahiran,kan...
macam zarif, anak sulung ku..
induce of labor..
fahim lak, turun tanda kat umah hari rabu..


khamis malam baru aku g spital bila sakit dah 15 minit sekali...


sampai je spital check dah 6-7cm..


sejam setengah lepas tu fahim pun selamat kuar..


tapi aku guna teknik pernafasan yg salah..


next entry aku citer teknik yg aku guna..


kali ni nak post pasal teknik yg betul je dlu..


tu pun cedok kat blog orang...


hihihi....


meh kita layaannnnnn............

1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.


2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit
Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.


3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.


4. Bila tiba masa meneran
Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung. :)
Oh… saya ada jumpa dari mana saya tak ingat, huhuhu lupa la… adeh… macam mana posisi suami ( kalau suami ada masa process kelahiran tu ) dalam membantu isteri. Ha, ni saya baru pertama kali tahu tau. Nak tahu cara dia?
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
ok, setakat ni dlu ilmu yg sempat aku cedok..
try2 la praktis dari sekarang...
maklum la, kita ni manusia biasa...
time sakit tu sempat ker kita nak ingat sume bende ni kalo kita tak praktikkan dari awal...
ok la...
daaaa.....

1 comment:

  1. aku tetap jugak nafas ikut idung lepas ikut idung.. praktis pun kantoi .. sampai masa aku rasa aku dah tak dpt nak concentrate dah..
    asal bernafas sudah..hehe..

    but thanks sharing trick2 yg membantu mcm nih..

    ;)

    ReplyDelete