Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 3, 2017

Kisah fahim di hari pertama darjah satu.



Macam mana nak mula cerita ye? Fahim menangis bila ibu tinggalkan di dewan untuk meninjau inas yang berada di kelas pra sekolah. Hahaha... jahat ibu gelak. Sebab sungguh la ibu tak sangka yang fahim akan menangis. Masa ibu tengah menyembang, ibu dengar bunyi esak tangis budak. Tak terlintas la difikiran anak ibu yang sado ni rupanya yang menangis. Maka terpaksa la ibu teman untuk sama2 beratur di dewan. Kat sekolah ni, tiada rakan setadika fahim. Tu yang dia rase keseorangan dan lost. Maklum la, sekolah besar dari tadika dia. Ramai pulak orang nya.


Ni time nak balik, dalam dewan, bersenam. Hahaha.. cikgu kata anak murid mengantuk.


Nuha jerit2 bila nampak fahim.
"Abaaamm.. abaaammm!"


Ni kat sekolah agama. Bapak yang hantar. Ok pulak.

Untuk esok hari, fahim masih suruh temankan dia di sekolah. Aduhai anak, penat sungguh berkejaran nak mengemas dan memasak. Masa banyak disekolah. Takpe lah, untuk awal2 ni..


Kat kantin. Zarif tolong belikan ayam goreng. Nisa temankan fahim makan.

Ok. Sambung next entry pulak. Babai!

*kain segunung wehhh nak lipat!

posted from Bloggeroid

Friday, February 19, 2016

Uhuk uhuk uhuk... post sambil buang sawang..



Assalam...
Hello...
Hai...
Tu kat atas tuuu... gambar inas arissa.... dah besar dah anak dara ibu. Dah pegi pre-school.. masuk kelas 5yrs. Macam biasa, tadika ukir bestari. Malas dah ibu nak cari tadika lain. Tadika ni dah memenuhi kriteria yg ibu mau. Bukan sekolah yang terperap dalam kelas je, malah ada pelbagai aktiviti yg ticer dah buat. Selain ada kelas renang, untuk tahun 2016 ni principal dah tambah silibus baru. Dan yang pasti, yuran pon dah makin meningkat naik. Eh... ibu cerita pasal sekolah inas je.. mana cerita lain? Kisah zarif yg dah masuk darjah dua. Kisah fahim yang masih di tadika ukir bestari. Dan juga......

Jeng
Jeng
Jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ada insan baru yang hadir dalam family kami...

Nuha Marissa Binti Mohd. Ramdzan.

Nuha da merengek, nanti kita sambung lagi di episod yang lain. Tahun ni ada azam baru, nak start mencoret diblog semula...

Monday, March 17, 2014

Pra sekolah vs tadika berbayar

Alhamdulillah.. bertemu lagi kita setelah berkurun2 bersawang2 belog ibu ni... macam panjang je isu yang nak ku kupas hari ni kan...

PRA SEKOLAH vs TADIKA BERBAYAR

Gambar tu anak3 ku plus anak buah suami...

Yang pakai uniform kuning, fahim, TADIKA UKIR BESTARI HULU LANGAT, tadika berbayar.

Yang 2 orang pakai uniform purple tu PRA SEKOLAH LUBOK KELUBI HULU LANGAT.
Anak ibu adalah zarif, yang lelaki ye...

Yang baru bangun tido tu, inas, tadika masak2 kat dapo ibu...
Hahaha... assistant kupas bawang puteh jek...

Apa yg nak ku compare antara dua sekolah ni yek.....? Nak start cerita dari mana pun taktau lagi... dah lama skill mengarang terpendam...berkarat... nasib tak mereput...

Biasa la..lumrah kehidupan. Mana ada yang sempurna kan.. ada baik, ada yang kurang baik..

Kalau PRA SEKOLAH , makan minum usah kalian gusar.

Sampai je sekolah pukul 730, dorang akan sarapan pagi. Biasanye biskot patsegi cicah milo suam, kalo abis stok biskut patsegi, pembantu bagi biskot tiger, roti cream gardenia, cocoa crunch + ducth lady milk.
Pastu makan pagi berat sket..  biasanye nasi berlauk.. ayam masak merah, sup ayam, ayam masak kicap. Kalau tak pun nasi goreng, mee goreng atau mihun goreng. Ataupun roti sardin kepit, roti pizza. Huiiihhh, gigih la pembantu memasak di dapo.. blom kes terkencing terveron lagik. Pembantu jugak yang setelkan.. terima kaseh cikgu pembantu, besar jasamu dalam mendidik anak ku...huhuhu.

Kalau TADIKA BERBAYAR, makan minum pun usah di risau.

Biasanya fahim ku hantar setelah ku menghantar zarif dan nisa.

Sampai tadika ukir bestari dalam kul 0750. Biasanye sampai je sekolah dorang ada reading session. Buku lady bird dan bacalah anakku. 0815 loceng berbunyi, kene la masuk kelas. Belajar seperti biasa. Ada break time dalam kul 0900 camtu, tak ingat time sebenar. Ok biasanye ticer dorang yang akan masak. Ikut shift. Apa yang dorang makan? Biskot patsegi ada jugek, tapi up sket la, biskot patsegi ada gula. Kalo tak biskot, ada macaroni goreng, ataupun french fries, ataupun mee goreng, ataupun bubur nasi + carrot, ataupun roti sapu jem. Sekali je break makan. SEKOLAH BERBAYAR kannn, semua itu memerlukan modal, adatla orang berniaga.

Ok, baru buat perbezaan makanan. Nak ku cerita tentang perbezaan cara pembelajaran pulak? Ok, tunggu next entry.

Mokcik  is mengah!!

Friday, March 14, 2014

Harga tinted kereta

Aku belek gambar lama terjumpa gambar nih. Masa nih tinted kereta.  Dah beberapa tahun dah.. mesti harga tinted kereta sekarang dah mahal... ke makin murah... ke harga tinted tu ikut jenis kereta. Aku tak pernah terpikir berapa harga tinted kereta triton ok aku try keyword je bye.

Thursday, October 18, 2012

Bila anak-anak ibu mintak nak pegi sekolah...

Fahim : ibu.. Fahim dah besarkan ibu... Fahim dah boleh pegi sekolah...

Erkk....

Zarif tahun depan dah masuk 5tahun... Maka sebagai ibubapa gigih la kami mencari sekolah yang kami rase sesuai + serasi dengan poket kami ni...
Maklumlah,kami berniaga..ada rezeki lebih....tebal lah poket... Kalau tak... Maka biasa biasa saje lah....

Okey berbalik pada topic asal...

Apa kriteria yang aku mahukan pada tempat pertama anak anak aku menjejakkan kaki ke sekolah?

Aku tak mintak lebih. Janji anak anak kenal abc 123 alif ba ta. Pandai menyanyi. Terapkan amalan yang baik. Belajar solat. Belajar mengaji. Belajar membaca. Dan medium perantaraan bahasa inggeris.

Yang aku taknak : anak anak hanya tau menyanyi main makan SAHAJA. Akademik cikgu takmau amik berat.

Maka dengan itu... Ada 4 tadika kat hulu langat ni yang berkenan dihati..

1. Mahir ilham
2. Smart reader kid
3. Ukir bestari
4. Little caliph

Nombor 2. tu aku tak survey langsung...sebab mahal kot...tak mesra poket.. Hihihi...lagipun jauh sangat dari rumah.

Nombor 4. plak tadika dia baru je gantung banner.. Tadika nyer pon kosong je lagi.. Errr..tak konpiden.. (tapi tadika ni belakang kedai kain rakyat tu)

Zarif dah mintak nak belajar kat sekolah hijau yakni sekolah nombor 1. Maka sebagai ibu ku tak hampakan la permintaan si anak.





Ok..aku dah letak duit booking rm100. tadika islamic medium bahasa melayu. Tapi ada ngajo bahasa omputeh. Boley la tu. Zarif sendiri yang berkenan dengan tadika tu... Mesti dia rajin nak ke sekolah nanti...

Jadik... Bila kami kuar rumah atas urusan bank... Dan melintasi sekolah hijau tu, ku terangkan pada si anak yang ibu dah daftar zarif kat sekolah tu. Tahun depan kita dah bley masuk belajar kat sekolah tu...

Fahim yang duk mendengar pon ingat dia akan pergi sekolah yang sama... Zarif duk sakat fahim yang tu sekolah orang besar..orang yang pakai pampers tak bley sekolah lagi..

Udah meraung si adik... Nak jugak jugak pegi sekolah... Bapak yang dengar anak dok melalak nak ke sekolah pon menitahkan si ibu supaya segera mencari tadika yang sesuai untuk anakanda fahim.

Ibu pon duk pikir pikir... Tadika mana la yang sanggup terima budak tiga tahun ber pampers ni yek... Kebanyakan tadika semua start amik anak anak yang berusia empat tahun keatas sahaja. Kesian pulak pikir si fahim yang kemaruk nak ke sekolah tu. Jalan punya jalan aku ternampak la sign board ukir bistari... Terus terjah je tadi... Sib tadika tak tutup lagi... Masuk tadika.. Bagi salam... Enter bilik pengetua... Dan bertanya...
Boleh kah saya menghantar anak kedua saya yang berumur 3 tahun ni tadika disini?








Ahahaha....
Soalan telah terjawab...
Fahim ku hantar ke ukur bistari..
Memenuhi kehendak...

Tapi macam mana dengan zarif ? Bapak kata hantar je satu tempat. Senang.
Burn je la deposit kat mahir ilham tu...
Huhuhu..

Kat ukur bestari ni deposit rm200 sorang...
Yang best ada kelas renang. Pool dia kecik je... Lupa plak nak snap tadi. Dan aku nampak pool tu kosong.tak der air bertakung. Dan juga berpagar. Lega hati ibu tengok suasana tu. SELAMAT!!!

Tak sabar nak hantar anak anak pegi sekolah.

macam tak percaya pon ada jugak.
Hikhikhik...

posted from Bloggeroid

Monday, July 16, 2012

Kedai kkr1m.



Tadi aku sefamily singgah kejap kat petronas nanding..mau transfer bayar duit ayam.... Kemain la ramai nyer umat..jammed petronas... Aku jadik heran...ape yang berlaku niii??? Dapat tempat parking aku kuar kete sambil dukung inas...owhhhh....sebab kedai kain rakyat 1malaysia ruper nyerrrrr!!! Aku tau le semalam baru je dirasmikan oleh pak najib kita..patut semalam je la yang padat sendat kan... Mengikut laporan penduduk setempat kain nyer agak murah la...contoh baju kebaya yang rege kat luar rm80++ , kat kkrim ni dapat rege rm50sahaja... Tak dapat aku nak sertakan bukti sebab dapat info ni pun hasil bersembang sambil bergosip hal2 politik ngan auntie aku...

Ok....dek kerana teruja melihat ramai nyer manusia yang menerjah ke kedai kain rakyat ni..aku pon minta la permision kat hubby nak menjenguk sekejappp jerr kedai kain yang membuatkan nanding menjadi sesak...

Owhh..cantik jugak deko kat dalamnyer... Terdengar gosip mengatakan tokey kedai ni tokey yang sama dengan jakel! Tak jugak dapat ku sertakan bukti bergambar kerana ramai orang plus takkan tetiba aku nak snap gambar rupa wartawan plak kan...yang aku ingat depan depan kedai tu dorang letak kain yang dah siap gunting 4m... Dan untuk pedoman korang..try la survey rege kain ni kat luar bape regenyer nyer... Japanese cotton english rm2.50 semeter....aku tak tau la kat luar baper regenyer... Tp kalo setakat korang ada rm10 da dapat la kain sepasang untuk wat baju raya kan....

Ok..kalo korang rajin pegi ler terjah kedai kkr1m ni...
Kat mana???
Taman lagenda suria, bt.14 hulu langat...
Memang kat tepi jalan...sebelah ngan petronas...
Lepas ni makin banyak la kkr1m ni kat malaysia....
Adios and good night...

#mengantuksangat#

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 4, 2012

Lepas gian « edisi: mandi sungai »

yeeehaaaa!!!

dah lama beb tak mandi sungai dalam erti kata sebenar...selalu mandi air paras buku lali...paras lutut la paling tinggi....tapi kali ni aku dapat menyelam lagi..!! ku tinggalkan inas kat rumah kak penah, fahim plak tido time kami nak keluar dari umah,so terpaksa la suruh nenek temankan fahim tido..picnic petang ni takder bawak bekalan..maklum la tempat dekat,setakat lepas gian je nih..maka bergerak la kami ke tempat ini :



sungai lopo...
aku singgah kat tempat cik mat.. lopo blue river chalet & kem. takder orang sebab weekdays...cik mat nyer tempat ni best sebab dia buat kolam tadahan, maka dalam la sungai yang kami terjah kali ni...memang ter amat indah perasaan ni dikala dapat menyelam dan berenang seperti di pool...gambar tak banyak aku snap sebab nak menikmati kesejukkan dan kedalaman kolam cik mat di lopo ni...



terima kasih buat incek somi kerana memahami sifat isteri dia yang memang gemar berendam ini... seronok nyer hati ibu macam dapat pegi honeymoon!!



ibu rase every week nak pegi sini la berendam..sambil2 tu bley bakar kalori buat kuak kupu kupu dan kuak lentang! wahaha...

daaaa......!

posted from Bloggeroid