Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2011

penyusuan ketika hamil selamat!

hmm...
tajuk di atas...
aku dapat info dari majalah pa&ma..
meh aku kongsi maklumat yg menarik dari artikel tu yek...

perlu atau tidak kita bercerai susu ketika hamil?

jawapan nya, tidak..atau pun mengikut kehendak bayi.

kenapa?

sebab isipadu dan kandungan susu ibu akan berubah sepanjang tempoh kehamilan. paras sodium dan protein meningkat manakala laktosa dan glukosa menurun. oleh yg demikian, ia menjadikan rasa dan rupa susu ibu seakan-akan kolostrum. ada sesetengah anak boleh menerima perubahan ini. namun, ada juga yang mula kurang berminat untuk menyusu susu ibu dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercarai susu tanpa paksaan.

lain lain info..

macam biasa la, amalkan pemakanan sihat dan seimbang.. banyak minum air, kurang tekanan, banyakkan rehat...

ibu menyusu dan hamil juga perlu mengambil kalori tambahan untuk memastikan bekalan susu ibu cukup untuk keperluan anak....

PENTING!!

bagi ibu - ibu yang mempunyai sejarah melahirkan bayi pramatang atau pernah keguguran, anda dinasihatkan untuk bercerai susu lebih awal..

kerana.... terdapat kajian membuktikan rangsangan mekanikal ke atas puting payu dara mampu memulakan proses kelahiran jika ia dilakukan di dalam trimester ketiga..

tak la aku ketahui bagaimana rangsangan mekanikal itu dilakukan...

sebab artikel tu kata rangsangan semulajadi ketika sesi penyusuan susu ibu  dan HUBUNGAN INTIM tidak mempunyai kesan yang sama seperti rangsangan mekanikal yang dikaji.

sakit puting - semasa hamil, payudara akan membengkak dan puting mudah sakit, apabila anak menyusu, puting akan menjadi lebih perit..

pengalaman aku??

memang aku menyusui anak2 dari sejak lahir...

tp bila aku start peknen jer..
aku dapati anakku akan menjadi tidak puas untuk menyusu..
hisap...tp tarik2 puting...
bagai ada yg tersumbat..
pastu nangessss.....
bukan anak je nanges, ngan aku2 nanges sebab puting sakit SANGAT SANGAT!
dan yg pelik nyer...
anak2 akan mudah pulak menenguk FM dari botol..
start dari situ ler aku n anak bercerai susu...

bagaimana pula dengan pengalaman anda??

;p

No comments:

Post a Comment