Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

10 kebaikan seks yang ramai tak tahu... ;p (dak x cukup umo jgn baca)

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
  • Seks mengurangkan tekanan
    Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.

  • Seks meninggikan Immuniti badan
    Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.

  • Seks membakar lemak
    Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.

  • Seks menguatkan kesihatan jantung
    Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.

  • Seks meninggikan Self-Esteem
    Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.

  • Seks membuatkan kita lebih menyayangi
    Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.

  • Seks mengurangkan sakit
    Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.

  • Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
    Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.

  • Seks menguatkan otot pelvis
    Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.

  • Seks membuat anda tidur lebih lena
    Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.

Tuesday, May 24, 2011

tca @ kk bt 14

alhamdulillah...

lega bila da scan ngan doctor 19 hb mei baru ni...

bila da kuar dari bilik doc..

aku baru teringat yg dr. shilpa ni la yg sambut fahim dulu...

hish...nape la aku tak teringat time dia scan perut...

gerenti lama bley sembang....

doc kata.......

bby saiz normal.... tak terlalu besar, tak terlalu kecil...

uri kat atas...

singleton....

kepala suda berada di bawah...

kandungan air ketuban pun ok...

everything looks normal......

kenapa u kene refer yerr??

aku jawab  : fundus tinggi...

doc check lg....

takder pun..normal la ni....

ok...mommy nk tanyer ape2 lg tak?

laju jer la aku jawab...... jantina bby pe???

heeeee....

sambung next entry yerrrrrrrrrr..............

daaaaaaaaaaaaaa...................

Wednesday, May 11, 2011

kk bt 14

kesinambungan dari kisah aku g checkup kat klinik kesihatan bt 14...

jumpa doc....

doc ukur perut pun memang tinggi, 28 cm....

so....kene datang scan 19 hb mei ni kul 230pm....

tca repeat on 19th may @ 230pm...

gitu le oder doctor...

aku yg kurang sabar nk tunggu 19hb ni, g la klinik warisan kat nanding...

doc ukur lilit kepala bby n ukur panjang tulang peha bby macam da 26weeks nyer bby...

doc kata air ketuban pun banyak ni..bby pun besar....

uwaaa..... kiter makan macam biasa je tau..

nak wat caner kalo berat tu naek sekg seminggu...

xmo la kene induce plak nti..

moga2 time bersalin nti bby tak la besar...

moga2 time bersalin nti mudah la bby meluncur keluar...

xmo sangkut2 tau bby...

ibu da start makan bendi banyak2 ni..

kalo bley hari2 mau makan bendi...

bak kata mertua aku, biar senang bby kuar..licin jer...

ikut je la petua org tua2 ni....

yg baik kita ikut, yg x berapa logik, kita dengar je la....

uwaaaaa...

takut la....

suspen la...

moga selamat semua nya......

AMINNN......

Thursday, May 5, 2011

check-up kd @ 24w

td g kd... check up perut..slalu aku g pagi..ni aku g petang sebab terlupa hari ni hari khamis....

timbang = alamak..berat naek 2kg...gemoxxxssss!!!

bp = 110 / 70 .. alhamdulillah normal walaupun hari panas..

depthtone heartbeat = 143 ... normal...

tinggi fundus = 28 ... tang ni dah kantoi.... patut @ 24 / 53 ni tinggi fundus pun around 24-25cm.. ni da lebih 4 cm... refer doc la esok pagi kat kk plak... aduyai.... nurse suspek air ketuban banyak la plak... takut bby besar pun iye jugak... ni yg nak g cepat2 scan 3d ni... xyah tunggu 30 weeks kot...

boring la g kk...

ramai org...

lambat plak tu...

lagi plak doctor kat klinik ibu ngandung tutup sampai bulan 7, doc nyer cuti..

kene la jumpa doc biasa kat depan tu....

uwaaaaaaaaaaaaaaa...

suspen la....

takut la..

ape plak la dugaan pregnant kali ni.....

buat hati makin takut jer nak pregnant lagi tahun depan....

huuhuhuhuhuhu..........