Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 18, 2012

Bila anak-anak ibu mintak nak pegi sekolah...

Fahim : ibu.. Fahim dah besarkan ibu... Fahim dah boleh pegi sekolah...

Erkk....

Zarif tahun depan dah masuk 5tahun... Maka sebagai ibubapa gigih la kami mencari sekolah yang kami rase sesuai + serasi dengan poket kami ni...
Maklumlah,kami berniaga..ada rezeki lebih....tebal lah poket... Kalau tak... Maka biasa biasa saje lah....

Okey berbalik pada topic asal...

Apa kriteria yang aku mahukan pada tempat pertama anak anak aku menjejakkan kaki ke sekolah?

Aku tak mintak lebih. Janji anak anak kenal abc 123 alif ba ta. Pandai menyanyi. Terapkan amalan yang baik. Belajar solat. Belajar mengaji. Belajar membaca. Dan medium perantaraan bahasa inggeris.

Yang aku taknak : anak anak hanya tau menyanyi main makan SAHAJA. Akademik cikgu takmau amik berat.

Maka dengan itu... Ada 4 tadika kat hulu langat ni yang berkenan dihati..

1. Mahir ilham
2. Smart reader kid
3. Ukir bestari
4. Little caliph

Nombor 2. tu aku tak survey langsung...sebab mahal kot...tak mesra poket.. Hihihi...lagipun jauh sangat dari rumah.

Nombor 4. plak tadika dia baru je gantung banner.. Tadika nyer pon kosong je lagi.. Errr..tak konpiden.. (tapi tadika ni belakang kedai kain rakyat tu)

Zarif dah mintak nak belajar kat sekolah hijau yakni sekolah nombor 1. Maka sebagai ibu ku tak hampakan la permintaan si anak.





Ok..aku dah letak duit booking rm100. tadika islamic medium bahasa melayu. Tapi ada ngajo bahasa omputeh. Boley la tu. Zarif sendiri yang berkenan dengan tadika tu... Mesti dia rajin nak ke sekolah nanti...

Jadik... Bila kami kuar rumah atas urusan bank... Dan melintasi sekolah hijau tu, ku terangkan pada si anak yang ibu dah daftar zarif kat sekolah tu. Tahun depan kita dah bley masuk belajar kat sekolah tu...

Fahim yang duk mendengar pon ingat dia akan pergi sekolah yang sama... Zarif duk sakat fahim yang tu sekolah orang besar..orang yang pakai pampers tak bley sekolah lagi..

Udah meraung si adik... Nak jugak jugak pegi sekolah... Bapak yang dengar anak dok melalak nak ke sekolah pon menitahkan si ibu supaya segera mencari tadika yang sesuai untuk anakanda fahim.

Ibu pon duk pikir pikir... Tadika mana la yang sanggup terima budak tiga tahun ber pampers ni yek... Kebanyakan tadika semua start amik anak anak yang berusia empat tahun keatas sahaja. Kesian pulak pikir si fahim yang kemaruk nak ke sekolah tu. Jalan punya jalan aku ternampak la sign board ukir bistari... Terus terjah je tadi... Sib tadika tak tutup lagi... Masuk tadika.. Bagi salam... Enter bilik pengetua... Dan bertanya...
Boleh kah saya menghantar anak kedua saya yang berumur 3 tahun ni tadika disini?








Ahahaha....
Soalan telah terjawab...
Fahim ku hantar ke ukur bistari..
Memenuhi kehendak...

Tapi macam mana dengan zarif ? Bapak kata hantar je satu tempat. Senang.
Burn je la deposit kat mahir ilham tu...
Huhuhu..

Kat ukur bestari ni deposit rm200 sorang...
Yang best ada kelas renang. Pool dia kecik je... Lupa plak nak snap tadi. Dan aku nampak pool tu kosong.tak der air bertakung. Dan juga berpagar. Lega hati ibu tengok suasana tu. SELAMAT!!!

Tak sabar nak hantar anak anak pegi sekolah.

macam tak percaya pon ada jugak.
Hikhikhik...

posted from Bloggeroid